KUNJUNGAN HORMAT CIPFA KE PEJABAT TIMBALAN AKAUNTAN NEGARA (KORPORAT)

Satu sesi kunjungan hormat oleh The Chartered Institute of Public Finance & Accountancy (CIPFA) ke pejabat Timbalan Akauntan Negara (Korporat) telah diadakan pada 12 Mac 2024. Delegasi CIPFA telah diketuai oleh Ms. Lindie Engelbrecht (CIPFA Director of Education & Membership), Mr. Dan Owsley (CIPFA Chief Operating Officer), Mr. Chris O’Neil (CIPFA Senior Manager, Commercial Growth), Ms. Shenola Gonzales (ICAEW Head of Malaysia) dan Ms. Mazni Norilah (ICAEW Senior Business Development Manager). Perbincangan yang berlangsung selama sejam tersebut telah membincangkan hal-hal kerjasama dalam pelaksanaan latihan bagi peningkatan kompetensi di kalangan akauntan seperti di dalam bidang asset management and valuation, integrated reporting dan sustainability in public sector. Selain itu, status semasa keahlian CIPFA di kalangan akauntan Jabatan Akauntan Negara Malaysia juga turut dibincangkan.

Susulan kunjungan hormat tersebut, satu sesi perbincangan lanjutan antara IPN dan CIPFA telah diadakan di IPNCPD pada 13 Mac 2024. Perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah Institut Perakaunan Negara, YBrs. Dr. Ahmad Shukri Bin Abdul Gani, manakala pihak CIPFA diwakili oleh Ms. Lindie Engelbrecht, Mr. Dan Owsley, Mr. Chris O’Neil, Ms. Shenola Gonzales dan Ms. Mazni Norilah. Di dalam sesi ini, IPN dan CIPFA berpeluang membincangkan secara terperinci tentang kerjasama di dalam program pengajian profesional CIPFA dan ICAEW, program Continuing Profesional Development (CPD) dan program keahlian.

IPNCPD ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak CIPFA dan ICAEW atas kunjungan hormat serta sesi perbincangan tersebut dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.