KUNJUNGAN HORMAT RESEARCH MANAGEMENT CENTRE (RMC), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA

KUNJUNGAN HORMAT RESEARCH MANAGEMENT CENTRE (RMC), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA

Sukacita dimaklumkan Pusat Pembangunan Profesional,Institut Perakaunan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bahagian Pengurusan Dana dan Data Penyelidikan (RMC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh Prof. Dr. Jumat bin Sulaiman, Pengarah RMC UMS, Dr. Ervin Gubin Moung, Puan Jurinah Johnny dan Puan Rohani Hadi pada 13 Mac 2024. Tujuan kunjungan ini adalah bagi membincangkan potensi kerjasama penyelidikan bersama dengan IPN.

Pihak IPN berbesar hati menerima kunjungan ini dan komited dalam menjayakan kolaborasi bersama pada masa akan datang.