KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM

Pada 17 Mei 2024 telah diadakan Kunjungan hormat institusi ke agensi awam di Sabak Bernam yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama strategik di dalam membangun dan memantapkan perkhidmatan awam di daerah ini.

YBrs. Dr Ahmad Shukri bin Abdul Gani, Pengarah IPN berkesempatan mengadakan pertemuan empat mata kepada Pegawai Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Encik Amri bin Ismail di Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam.