MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024

Pada 13 Mei 2024 telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Institut Perakaunan Negara (IPN) anjuran Unit Kewangan dan Akaun bermula pada jam 3.00 petang di Auditorium Bernam, Blok A.

YBrs. Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani, Pengarah IPN telah menyampaikan ucapan yang menekankan kebersamaan di dalam bekerja satu pasukan di samping bersama-sama warga mengenalpasti dan berkongsi hasil dapatan kajian kepuasan bekerja bagi memantapkan kualiti penyampaian terbaik.

Di dalam majlis ini juga Cik Nisa’ul Aqlin dari Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pengunjung Terbaik Perpustakaan IPN manakala Cik Diyana dari Pusat Pembangunan Profesional serta Encik Nandakumar dari Pusat Akademik dan Kompetensi berjaya meraih Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan (Mac dan April).