KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Satu sesi kunjungan hormat oleh Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, Universiti Utara Malaysia (TISSA- UUM) ke pejabat Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 12 Mei 2024. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) diketuai oleh Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Puan Nor Yati bin Ahmad, bersama dengan Timbalan Akauntan Negara (Korporat), YBrs. Puan Zainani binti Jusoh, Pengarah Institut Perakaunan Negara, YBrs. Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani dan Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Puan Suhana binti Mat Nawi. Manakala delegasi TISSA-UUM pula diketuai oleh Dekan TISSA-UUM, Prof. Dr. Ram Al Jefri Saad bersama Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd Ali, Dr. Basariah Salim, Dr. Mudzamir Mohamed, Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali, dan En Abdul Razak Abdul Wahab.

Perbincangan yang berlangsung selama dua jam itu bertujuan untuk membuka ruang kerjasama di antara JANM dan TISSA-UUM bagi memantapkan dan meningkatkan pemahaman dan penghayatan pihak awam terhadap peranan yang dimainkan oleh JANM.

IPN ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak TISSA-UUM atas kunjungan hormat serta sesi perbincangan tersebut dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.