TAWARAN GERAN PENYELIDIKAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN SEKTOR AWAM TAHUN 2024

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) kini membuka Tawaran Geran Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam Tahun 2024 kepada semua ahli akademi dan penyelidik yang berminat.

Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut bagi tujuan permohonan:

    1. Surat Tawaran Geran Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam Tahun 2024 rujukan ANM.IPNCPD.100-3/3/2 Jld. 11 (03) (Muat turun di sini)
    2. Garis Panduan Tawaran Geran Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam Tahun 2024 (Muat turun di sini)
    3. Borang Permohonan Geran Penyelidikan (IPNCPD/RGAF/1/2020)

(Muat turun di sini – versi PDF)
(Muat turun di sini – versi Ms Word)

Borang Permohonan Geran Penyelidikan dan Kertas Cadangan Penyelidikan (optional) yang lengkap boleh dikemukakan ke alamat berikut:

Unit Pembangunan Penyelidikan
Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD)
Institut Perakaunan Negara
Tingkat 1, Menara 2, Wisma Mustapha Kamal
Neocyber, Cyber 12
63000 Cyberjaya
SELANGOR

Nota:
Sesalinan permohonan juga boleh dikemukakan melalui e-mel research@anm.gov.my

Satu (1) sesi taklimat akan diadakan berhubung tatacara permohonan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh 5 Disember 2023 (Selasa)
Masa 10.00 pagi
Platform GoogleMeet
Pautan https://meet.google.com/rwy-hoxy-cxb

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada: