Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk merancang dan melaksanakan kursus-kursus yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan dengan;
Memaklumkan pelanggan mengenai sesuatu kursus yang akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum kursus tersebut bermula;
Mengeluarkan surat tawaran kursus kepada peserta kursus yang dipilih untuk menghadiri kursus tidak lewat daripada dua (2) minggu daripada tarikh kursus bermula;
Menjalankan sekurang-kurangnya 90% daripada kursus yang dirancang setiap tahun;
Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum kursus bermula;
Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang; dan
Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja.