MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MAC 2024

22 Mac 2024, Sabak Bernam – Unit Perhubungan Awam dengan kerjasama Unit Penginapan, Sajian dan Riadah telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Majlis Perhimpunan Bulanan IPN di Auditorium Bernam.

Antara pengisian kali ini ialah ucapan Pengarah IPN, YBrs. Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani yang menggalakkan penyertaan warga institusi di dalam setiap program anjuran kelab seperti KESKIP, PUSPANITA serta AKRAB di samping penerapan nilai murni Ramadan manakala perkongsian tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Encik Yusof dari Unit Pembangunan Kerohanian yang menerangkan 5 hadis daif dan palsu di bulan Ramadan.

Selain itu, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan IPN (KESKIP) turut mengadakan penyerahan sumbangan bantuan masuk wad hospital kepada Encik Mohd Elias dan Encik Mohd Sofian yang telah disempurnakan oleh Pengarah IPN serta Presiden KESKIP, Encik Ahmad Nur Fairuz bin Mashod.

Di samping itu, Unit Perpustakaan juga telah mengadakan Anugerah Pengunjung Bertuah kepada Puan Nor Zahirine binti Abdul Rahman dan Cik Nurul Ameera binti Ahmad Razali.

Tahniah diucapkan kepada Puan Farizan binti Hashim dari Pusat Akademik dan Kompetensi atas kejayaan meraih Anugerah Pekerja Contoh Bulanan IPN bagi bulan Februari 2024.

Terima kasih ducapkan kepada semua warga IPN atas kehadiran di dalam majlis perhimpunan pada kali ini.