KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA PROFESSIONAL ACCOUNTANCY CENTRE (MyPAC) KE PEJABAT TIMBALAN AKAUNTAN NEGARA (KORPORAT)

Kunjungan Hormat oleh Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) ke pejabat Timbalan Akauntan Negara (Korporat) telah diadakan pada 1 April 2024. Jabatan Akauntan Negara Malaysia diketuai Timbalan Akauntan Negara (Korporat), YBrs. Puan Zainani Binti Jusoh dan disertai oleh Pn. Gloria Angela James Noah (Timbalan Pengarah BPPP), YBrs. Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani (Pengarah Institut Perakaunan Negara (IPN)), Puan Suhana Mat Nawi (Timbalan Pengarah IPN) dan En. Mohamed Syamsuddi bin Mohamed Shamsudin (Ketua Penolong Pengarah BPPP). Manakala delegasi MyPAC diketuai oleh YBhg. Datuk Zaiton Mohd Hassan (Chief Executive Director), Pn. Noor Zarina Mohammad Noor (Head,Scholar Management) dan En. Mohd Zaidi Bakri (Head, Finance).

Pertemuan yang berlangsung selama sejam tersebut telah dimulakan dengan sesi pengenalan oleh pihak MyPAC berkenaan penubuhan MyPAC dan seterusnya membentangkan cadangan MyPAC untuk pemerkasaan sektor perakaunan serta jaringan kerjasama yang bakal dilaksanakan dengan kolaborasi MyPAC dan JANM.

IPNCPD ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak MyPAC atas kunjungan hormat serta sesi perbincangan tersebut dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini