Taklimat perubahan program – micpa x caanz qualifying programme

Program ini telah diadakan bagi menyediakan platform bagi pegawai yang sedang mengikuti program MICPA-CAANZ di JANM memperoleh maklumat lanjut berkaitan perubahan program dan mengadakan konsultasi dengan pihak MICPA dan IPNCPD. Program telah dihadiri oleh 20 orang calon MICPA secara bersemuka dan 30 orang secara dalam talian.

Program dimulakan dengan taklimat penajaan dan struktur program pengajian daripada IPNCPD yang telah disampaikan oleh Puan Shazlina Binti Musa, taklimat perubahan program dan kandungan oleh pihak MICPA dan sesi konsultansi. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Dr. D Joyce Christina Dharmaraj, TImbalan Pengarah IPNCPD.

Pihak MICPA telah diwakili oleh En. Novie Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Gilbert Lai, Ketua Unit Pendidikan dan Pembangunan Profesional, Puan K. Vejaya Suriya, Ketua Unit Peperiksaan dan Cik Ashley Chan Timbalan Ketua Unit Pendidikan dan Pembangunan Profesional.

Program sebegini adalah penting bagi membolehkan pegawai mendapatkan maklumat dan informasi secara lansung bagi membolehkan pegawai merancang pengajian masing-masing di peringkat seterusnya.