Hijrah Menuju Syurga

Bersempena dengan sambutan Awal Muharam 1444H, Unit Pembangunan Kerohanian IPN telah mengadakan ceramah khas bertempat di Surau As Solihin.IPN telah menjemput Ustaz Mohd Farid bin Dawam dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Hijrah Menuju Syurga. Seramai 40 orang warga IPN telah berkesempatan menghadiri program ini yang telah diadakan khusus untuk memberi motivasi, kesedaran dan pengetahuan berkaitan dengan pentingnya menghayati hijrah dalam konteks seorang individu muslim.