Kempen derma darah ipn

Institut Perakaunan Negara dengan Hospital Teluk Intan telah menganjurkan program Kempen Derma Darah pada 8 Ogos 2022 bertempat di Dewan Seri Buana, IPN Sabak Bernam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu Hospital Teluk Intan bagi menambah keperluan stok darah. Program ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti tanggunjawab sosial korporat IPN dan peserta-peserta kursus Program Transformasi Minda (PTM) Akauntan bilangan 1 2022. Melalui aktiviti ini dapat memberi pengalaman dan pengetahuan kepada peserta-peserta PTM tentang pengurusan acara sebegini.

Bagi program kali ini penyertaan yang memberansangkan dan sasaran 30 beg darah telah dicapai. Seramai 57 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai IPN, peserta-peserta kursus dan orang luar sekitar mukim Sungai Air Tawar telah menawarkan diri untuk menderma darah.. 34 orang telah berjaya dalam saringan untuk menderma darah manakala 23 orang tidak Berjaya dalam saringan atas sebab-sebab kesihatan.

Puan Hawariah binti Idris, Pengarah IPN telah meluangkan masa untuk melawat program ini dan beramah mesra Bersama-sama dengan penderma-penderma dan petugas-petugas tabung darah Hospital Teluk Intan. Semoga program ini akan diadakan lagi pada masa hadapan bagi memupuk sifat kerjasama, tanggungjawab dan kasih sayang sesama Keluarga Malaysia.