SESI TINJAUAN DAN PEMILIHAN JUDUL BUKU @ BOOKXCESS

Buku yang terbaik terbit daripada susunan idea yang sarat dengan ilmu yang berguna berupaya dimanfaatkan ke arah kebaikan dan kesejahteraan kehidupan. Pemilihan buku yang berkualiti bukan sahaja dapat menarik lebih ramai orang untuk membaca malah mengembangkan ilmu yang diperolehi untuk digunapakai di dalam kehidupan seharian.

Sehubungan itu, inisiatif Unit Perpustakaan Institut Perakaunan Negara untuk melaksanakan sesi tinjauan dan pemilihan judul buku di BookXcess Mytown pada 6 Februari 2024 dilihat bertepatan dengan trend semasa rakyat Malaysia yang mula meminati hobi membaca selari dengan dapatan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia menunjukkan peningkatan ketara iaitu daripada dua naskah buku setahun pada tahun 2005 kepada 15 naskah buku setahun pada 2014 manakala bagi tempoh 2022 sehingga tahun ini, naskah yang dibaca terus meningkat kepada 24 naskah setahun. (Sumber : Berita RTM – 30 November 2023).

Kepada warga IPN dan peserta kursus yang suka membaca, jangan lupa untuk mengunjungi Perpustakaan IPN untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan yang diminati.