BENGKEL PEMURNIAN LESSON PLAN DAN SLAID ISPEKS MODUL PEROLEHAN, KONTRAK DAN AKAUN BELUM TERIMA

Pada 18 hingga 20 Februari 2024 telah diadakan Bengkel Pemurnian Lesson Plan dan Slaid iSPEKS Modul Perolehan, Kontrak dan Akaun Belum Terima anjuran Program Sistem Maklumat Perakaunan, Pusat Akademik dan Kompetensi IPN.

Penyertaan terdiri daripada 27 orang tenaga pengajar iSPEKS dari Pejabat Perbendaharaan Negeri seluruh Malaysia dan wakil Bahagian Khidmat Perunding JANM.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk penyediaan slaid pembelajaran untuk kursus terlibat yang akan digunakan di samping memurnikan rancangan pengajaran sedia ada.