KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH IPN KEPADA PENGARAH PSIS

Sabak Bernam, 7 Februari 2024 – Pengarah Institut Perakaunan Negara (IPN), YBrs. Dr. Ahmad Shukri Abdul Gani telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah , Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman pagi tadi.

Kunjungan hormat ini antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara IPN dan PSIS serta berbincang berkenaan kerjasama yang boleh dijalinkan pada masa hadapan.

Kunjungan hormat pada hari ini diakhiri dengan penyampaian Jurnal IPN dan diharap pertemuan empat mata ini dapat membantu mewujudkan elemen kebersamaan institusi latihan awam di sekitar Sabak Bernam.