Program Ihya’ Ramadan IPN 2022

Bersempena dengan sambutan bulan Ramadan 1443 Hijrah, Kelab Sukan dan Kebajikan IPN (KESKIP) dengan kerjasama Unit Pembangunan Kerohanian telah menganjurkan pelbagai program keislaman. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah program tadarus Al-Quran secara berkumpulan yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadan bagi lelaki dan wanita. Kemuncak kepada acara ini adalah Majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan pada 25 April 2022 bertempat di Surau As-Solihin dengan dipimpin oleh Ustaz Hasrulhisham bin Suhaimi dari Politeknik Sultan Idris Shah. Bagi memeriahkan lagi majlis khatam Al-Quran program gotong royong memasak bubur lambuk juga diadakan oleh warga kerja IPN. Bubur yang telah siap dimasak disedekahkan kepada semua warga kerja IPN dan juga pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan luar di IPN.

Sepanjang bulan Ramadan juga KESKIP telah menguruskan aktiviti berbuka puasa di Surau As-Solihin bagi warga kuarters IPN dan banyak menerima sumbangan daripada warga kerja IPN bagi mejayakan aktiviti ini. Selain itu juga kursus penghayatan Ramadan sebanyak tiga sesi telah dianjurkan oleh Unit Pembangunan Kerohanian kepada warga kerja IPN secara dalaman bagi meningkatkan lagi pengahayatan dan kefahaman mereka berkaitan dengan amalan-amalan terbaik dalam ibadah puasa dan amalan lain.

Semoga dengan adanya program Ihya Ramadan pada tahun ini dapat membimbing warga kerja IPN ke arah menjadi umat Islam yang terbaik di samping dapat merapatkan hubungan ukhwah sesama warga kerja.