Kursus Penghayatan Ramadan 1443H

Bersempena kedatangan Ramadan pada kali ini, Unit Pembangunan Kerohanian IPN telah menganjurkan sebanyak tiga siri Kursus Penghayatan Ramadan yang diadakan pada 14 April, 21 April dan 28 April bertempat di Surau As Solihin.

Kursus ini diadakan bagi meningkatkan penghayatan warga kerja IPN yang beragama Islam terhadap ibadah dalam bulan Ramadan. Selain daripada itu, melalui penganjuran kursus ini dapat meningkatkan kefahaman mereka berkaiatn dengan ilmu berkaitan dengan agama supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Diharapkan penganjuran kursus keislaman seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan kerana ianya sangat memberi manfaat kepada warga kerja IPN yang beragama Islam.