Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Unit Perpustakaan IPN telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 minit sebagai tanda sokongan kepada sektor perpustakaan di Malaysia dalam menggalakkan rakyat untuk membaca bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.

Program ini telah diadakan pada 21 April 2022 pada jam 11.00 pagi bertempat di Perpustakaan IPN. Pembacaan buku selama 10 minit oleh para hadirin telah diadakan. Seramai hamper 40 warga IPN telah menjayakan aktiviti ini. Seterusnya sesi ulasan buku telah disampaikan oleh Encik Noramin bin Juminen. Beliau telah memilih Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk ulasan. Bagi memerihkan program juga penyampaian hadiah cenderamata juga telah diadakan kepada warga IPN yang Berjaya dalam pertandingan kuiz perpustakaan yang telah diadakan lebih awal.

Aktiviti ini diharap dapat menyemai minat warga IPN dalam menjadikan tabiat membaca sebagai amalan harian bagi meningkatkan ilmu pengetahuan. Tabiat membaca adalah satu amalan yang terpuji dan telah dibuktikan bahawa bangsa yang suka membaca adalah bangsa yang berjaya. Saban tahun kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar untuk mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat ini. Oleh itu diharap warga IPN dapat menyahut saranan kerajaan bagi menjadi bangsa membaca.