MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELIDIKAN PERAKAUNAN SEKTOR AWAM (JPPSA) BILANGAN 2 TAHUN 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Perakaunan Sektor Awam (JPPSA) Bilangan 2 Tahun 2023 telah diadakan pada 16 November 2023 bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Zainani binti Jusoh, Timbalan Akauntan Negara (Korporat).

Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan status pelaksanaan penyelidikan tahun 2023 dan Pelan Pelaksanaan Projek Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam Tahun 2024 kepada JPPSA untuk kelulusan pelaksanaan projek.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli mesyuarat, ahli Sidang Editor IPN Journal dan wakil kementerian yang telah menghadiri mesyuarat dan menyumbang input dalam memuktamadkan skop/ tajuk penyelidikan 2024.