LAWATAN AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN

Sabak Bernam, 10 November 2023 – Sebagai salah satu institut latihan awam yang berperanan menyediakan pembelajaran dan latihan kepada penjawat awam Malaysia, IPN juga turut menjadi rujukan institusi pengajian tinggi awam seperti Uitm Cawangan Kelantan yang tiba di sini bagi mendapatkan pendedahan mengenai perakaunan sektor awam khususnya laporan kewangan yang telah disampaikan oleh Encik Azmi Abdul Manaf dari Pusat Akademik dan Kompetensi IPN.

Rombongan Uitm Cawangan Kelantan telah diketuai oleh YBrs. Dr Yusri Huzaimi Mat Jusoh bersama-sama para pelajar dan ketibaan mereka telah disambut oleh Pengarah IPN, YBrs. Dr Ahmad Shukri Abdul Gani.