MAJLIS BACAAN YASSIN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) NOVEMBER 2023

Putrajaya, 17 November 2023 – Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JHEAIN) bersama-sama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin JANM bagi bulan November 2023.

Bacaan Yassin dan Tahlil telah dipimpin oleh Encik Muhammad Nurakmal bin Kosrin dari Pusat Akademik dan Kompetensi IPN. Majlis ini adalah sebagai usaha ke arah pengisian sahsiah bagi mendekatkan warga JANM kepada amalan yang menjurus kepada ibadah yang dituntut oleh agama Islam dalam kehidupan.

Turut hadir adalah Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Puan Nor Yati binti Ahmad bersama-sama barisan pengurusan tertinggi JANM dan majlis ini turut diadakan secara hibrid yang melibatkan penyertaan semua warga bahagian, negeri dan cawangan sama ada bersemuka dan juga secara dalam talian.