MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IPN FEBRUARI 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA FEBRUARI 2024

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

Bertemakan warna merah sebagai simbolik kekuatan dan keutuhan organisasi, Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran Am membawakan Majlis Perhimpunan Bulanan Institut Perakaunan Negara (IPN) pada 26 Februari 2024 di Auditorium Bernam bermula pada 9.00 pagi.

Antara pengisian majlis kali ini ialah ucapan Pengarah IPN, YBrs. Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani yang turut memperkenalkan inisiatif baharu di dalam menghargai usaha warga iaitu “Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan” di samping pelancaran Program Galakan Membaca.

Sebagai salah satu usaha mempromosikan amalan budaya membaca di IPN, Unit Perpustakaan juga menyampaikan penghargaan kepada warga institusi atas penyertaan Program Galakan Membaca IPN 2023 iaitu :
Anugerah Peminjam Terbanyak (Ahmad Asyraf bin Nod Noor)
Anugerah Penglibatan Aktif Program Perpustakaan (Abdul Aziz bin Mosli)
Anugerah Pengguna Aktif (Noripah Ain binti Saian)
Anugerah Pengunjung Terbaik (Norazizah binti Ali)

Buat julung kalinya, Puan Nooraini binti Oon dari Unit Kewangan dan Akaun telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi Februari 2024.

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan IPN (KESKIP) turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 2 warga di samping meraikan ulang tahun kelahiran Januari dan Februari.