Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Perakaunan Sektor Awam (JPPSA) Bilangan 1 Tahun 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Perakaunan Sektor Awam (JPPSA) Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan pada 19 Februari 2024 bertempat di Bilik Gerakan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Zainani binti Jusoh, Timbalan Akauntan Negara (Korporat).

Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan untuk memuktamadkan penawaran Projek Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam Tahun 2024 untuk pelaksanaan projek.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli mesyuarat, panel penilai daripada Bahagian JANM terlibat yang telah menghadiri mesyuarat dan menyumbang input dalam memuktamadkan penawaran Projek Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam Tahun 2024.

Tidak dilupakan penghargaan kepada urus setia IPNCPD dan semua yang terlibat dalam memastikan urusan penawaran projek berjalan dengan lancar.