Majlis Sambutan Aidilfitri IPN 2022

Bertemakan “Hari Raya Pertama”, Kelab Sukan dan Kebajikan IPN (KESKIP) telah Berjaya menganjurkan Majlis Aidilfitri IPN 2022 bertempat di Dewan Seri Bayan pada 13 Mei 2022.Sebanyak 12 gerai beraneka juadah raya telah dibuka dengan beraneka juadah hari raya telah disajikan. Ini termasuk ketupat, lemang, rendang, sate, lontong dan berbagai lagi bagi memberi pilihan kepada para pengunjung. Gerai-gerai ini adalah hasil inisiatif kerjasama warga kerja IPN sendiri dan dengan kerjasama syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan di IPN.

Bagi memeriahkan suasana bermacam aktiviti telah diadakan antaranya adalah persembahan karaoke lagu-lagu raya, petandingan gerai raya tercantik,pertandingan busana raya tercantik dan cabutan bertuah.Semoga ikatan ukhwah yang terjalin dan kerjasama dalam kalangan warga kerja IPN dan pekerja-pekerja syarikat penyedia perkhidmatan dalam majlis aidilfitri ini akan terus terjalin dan diterjemahkan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan IPN kepada para pelanggan.