MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024

Bertemakan “Selamat Hari Raya Qurban”, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah diberi amanah untuk menjadi tuan rumah Majlis Perhimpunan Bulanan IPN pada 28 Jun 2024 di Auditorium Bernam.

Pendaftar IPN, Puan Zainun binti Kadir telah menyampaikan ucapan yang mengandungi pentingnya penghijrahan akhlak dan sahsiah di dalam kehidupan di samping pengorbanan untuk menjadi lebih baik. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan IPN (KESKIP) atas kejayaan menganjurkan Program Ibadah Qurban yang diadakan pada 19 Jun 2024.

KESKIP juga mengambil peluang untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada warga IPN yang terdiri daripada kecemerlangan pendidikan, bantuan masuk wad dan pertukaran.

Warga IPN yang lahir pada bulan Jun turut diraikan di Sabak Bernam dan Cyberjaya melalui sumbangan sambutan hari lahir KESKIP. Penyampaian sijil penghargaan kepada warga IPN yang mengikuti Pesta Sukan Perbendaharaan yang berlangsung pada 18 hingga 31 Mei 2024 juga turut diadakan sebagai galakan kepada semua untuk menyertai aktiviti sukan yang diadakan.

Unit Perpustakaan juga turut menyampaikan anugerah pengunjung terbaik kepada warga IPN iaitu Encik Rajendran dan Cik Alisa sebagai penghargaan atas semangat minat membaca di institusi ini.