DISKUSI KOLABORASI IPN – AKPK

Sebagai salah satu institusi latihan yang menyediakan perkhidmatan pembelajaran dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam, Institut Perakaunan Negara (IPN) melalui Program Kewangan, Pusat Akademik dan Kompetensi telah mengadakan kunjungan ke Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) pada 12 Januari 2024.
Antara intipati kunjungan IPN ke AKPK ialah diskusi kolaborasi di antara institusi yang melibatkan latihan dan program khususnya di bidang pengurusan kewangan.