MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA DISEMBER 2023

Bertemakan “Warga IPN Sihat Dan Cergas #IPNFit”, Pusat Akademik dan Kompetensi telah menggalas tanggungjawab selaku penganjur Majlis Perhimpunan Bulanan Institut Perakaunan Negara (IPN) pada 21 Disember 2023 bertempat di Auditorium Bernam.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Perkhidmatan Awam, Lagu JANM dan diteruskan dengan sesi bacaan doa oleh Encik Ahmad Hanif serta disusuli dengan ucapan dan amanat oleh Pengarah IPN, YBrs. Dr Ahmad Shukri bin Abdul Gani yang menyeru semua warga untuk terus mengamalkan semangat kerjasama dan kesepaduan di dalam memacu organisasi ke arah kecemerlangan.

Selain itu, majiis turut diserikan dengan sesi penyampaian medal larian kepada warga IPN yang menyertai program Virtual Run JANM 2023 dan penyerahan bunting EKSA kepada wakil setiap zon.

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan IPN (KESKIP) turut bersama-sama memeriahkan majlis dengan sesi cabutan bonanza warga IPN, perasmian IPN Runners, penyerahan bendera kumpulan dan pelancaran Pesta Sukan Piala PIPN yang dijangka akan diadakan pada 4 hingga 5 Januari 2024 sebagai salah satu kempen mempromosikan amalan gaya hidup sihat di kalangan warga IPN.

Setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran semua warga IPN serta semoga setiap perancangan, usaha dan keberhasilan yang diraih sepanjang tahun 2023 dapat dijadikan semangat kekuatan untuk tahun baharu yang akan tiba.