KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI MICPA

Satu sesi kunjungan hormat oleh delegasi The Malaysian Institute of Certified Public Accountants – MICPA ke pejabat ANM telah diadakan pada 16 Januari 2024 (Selasa). Delegasi MICPA diketuai Presiden MICPA,YBhg. Dato’ Gan Ah Tee, dan disertai 2 Council Member MICPA iaitu Mr. Beh Tok Koay dan Mr. Poon Yew Hoe, Executive Director MICPA,Mr. Foo Yoke Pin dan Head of Education MICPA, Mr. Gilbert Lai Teck How.
Antara perkara yang telah dibincangkan semasa kunjungan hormat ini adalah penghargaan oleh MICPA atas sokongan Jabatan Akauntan Negara Malaysia kepada MICPA sebagai badan perakaunan professional Malaysia. Selain itu, turut dibincangkan adalah kesediaan MICPA dalam mengadakan kerjasama strategik dengan JANM dalam memberi latihan teknikal perakaunan serta mengadakan forum kepimpinan dalam meningkatkan kompetensi pegawai JANM.
Perbincangan ini turut disertai oleh Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Pn Noorlida binti Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Pn Zainani binti Jusoh, dan Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara, YBrs. Dr. D Joyce Christina Dharmaraj.
IPNCPD ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MICPA dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kunjungan hormat ini.