ipn dianugerah persijilan ms iso 9001 2015

IPN mencatat sejarah tersendiri lanjutan setelah mendapat penganugerahan pensijilan MS ISO 9001:2015 daripada Sirim QAS International Sdn. Bhd.

Usaha Gigih dan Kerjasama Staff dan Pihak Berkaitan

Pengiktirafan itu diperoleh setelah eksesais audit ISO 9001:2015.  Skop Perkhidmatan Pembelajaran dan Pengajaran bagi Penganjuran Perkhidmatan Latihan dan Kursus oleh Institut Perakaunan Negara telah di audit oleh Pasukan Auditor daripada Sirim QAS International selama tiga hari bermula pada 5 Ogos 2018.

Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Profeisonal (IPN-CPD) , Dr Shahril bin Baharim (CV) berkata pengiktirafan ini merupakan satu lambang keutuhan dan keazaman IPN dan semua warganya dalam mendepani penganjuran latihan dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan sistematik bagi memberi kepuasan pelanggan selaras dengan visi, misi dan objektif Jabatan (IPN) tercapai.

“Alhamdulillah, IPN telah berjaya mencapai sasaran seperti yang ditetapkan bagi memperolehi pensijilan itu.

“Kejayaan ini diperolehi selepas berjaya melepasi audit pensijilan dan naik taraf oleh SIRIM QAS dan pengiktirafan ini sah bagi tempoh tiga tahun bermula 2018.

“Tahniah dan syabas kepada TUAN PENGARAH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN),  Timbalan Pengarah Akademik, Encik Shukri bin Abd Gani, Pendaftar , Encik Hezeri bin Abd Rani dan Pegawai RISK CHAMPION IPN, Encik Mohd Syahril bin Mohd Judi dan kepada semua PEGAWAI dan STAFF IPN seluruhnya atas komitmen yang diberikan sepanjang penyediaan dokumen kualiti dan pengauditan dilakukan. Kejayaan ini amat bermakna dan memberi impak kepada nama IPN dan seharusnya menjadi kebanggaan kepada warga IPN.

Skop Persijilan ISO 9001 2015

Tambah beliau, skop pensijilan ISO akan terus dikembangkan kepada aspek-aspek lain supaya dengan pengiktirafan-pengiktirafan yang bakal diperoleh dapat melonjakkan penarafan dan penjenamaan IPN diperingkat tempatan dan antarabangsa.