Kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2015

Pada 22 Februari 2019 sehingga 24 Februari 2019 Unit Pembangunan Penyelidikan, IPNCPD telah menganjurkan menganjurkan Kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2015 bertempat di Hotel Imperial Heritage, Bandar Melaka.. Kursus ini dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada juruaudit-juruaudit dalam IPN yang telah dilantik. Encik Mohd. Abdul Hafiz bin Jali dari Paisley Consultant telah dilantik sebagai penceramah bagi kursus yang berlangsung selama tiga hari ini. Paisley Consultant merupakan syarikat yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam pengendalian kursus melibatkan pengurusan kualiti.

Encik Abd Hassan bin Mohmad, Pengarah Ipn telah turut sama hadir ke kursus ini  dan beliau telah merasmikan pembukaan kursus pada hari pertama. Kursus yang diadakan ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran juruaudit-juruaudit IPN. Perkara ini penting bagii melahirkan juruaudit-juruaudit yang berwibawa dalam audit MS ISO:9001. Selain itu, kursus ini dapat menambah bilangan juruaudit dengan melatih beberapa juruaudit baharu bagi menampung keperluan semasa IPN dalam pelaksanaan pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015..

Antara yang disampaikan dalam kursus ini ialah pengenalan kepada objektif dan kepentingan audit, jenis-jenis audit, keperluan MS ISO 9001:2015, proses dan perancangan audit, pelaksanaan dan pelaporan audit serta tindakan pembetulan dan susulan. Dalam kursus ini juga senarai semak baharu yang memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015 juga telah berjaya dirangka dan bakal digunakan dalam audit dalam IPN pada tahun ini.  IPN bakal melaksanakan audit dalaman pada bulan April 2019. Manakal paudit pihak ketiga pula dijangka pada bulan Jun 2019. Melalui pengannjuran kursus iniK ini diharapkan dapat memberikan kefahaman kepada semua perserta terutama dalam dimensi baharu pengurusan kualiti yang berasaskan kepada pengurusan risiko dan membantu IPN dalam mencapai objektif  pengauditan yang berkualiti.