PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN

LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN

Unit Pembangunan Penyelidikan IPNCPD telah dibangunkan sebagai Hab Pusat Kecemerlangan dalam Penyelidikan Perakaunan Sektor Awam bagi mencapai bidang keberhasilan utama IPN ke arah amalan
terbaik perakaunan sektor awam
.

Unit ini berfungsi bagi menyokong dua (2) daripada enam (6) Matlamat Strategik Utama IPN iaitu :

  1. Matlamat Strategik Keenam – menghasilkan penyelidikan yang berkualiti yang menyumbang kepada “amalan
    terbaik perakaunan dan kewangan sektor awam; serta
  2. Matlamat Strategik Keempat – menjadikan IPN sebagai Institut Latihan Awam (ILA) yang dilengkapi tadbir urus efektif serta kemudahan prasarana dan infrastruktur yang kondusif.

Bagi mencapai Matlamat Strategik Keenam IPN, Unit Pembangunan Penyelidikan menjalankan penyelidikan  perakaunan dan pelaporan kewangan sektor awam serta kajian keberkesanan yang menilai dan memastikan semua program latihan menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.

Inisiatif penyelidikan ini turut disokong oleh aktiviti konvensyen serta penerbitan monograf penyelidikan dan jurnal ilmiah ‘IPN Journal of Research and Practise in Public Sector Management’. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan setahun sekali.

Unit Penyelidikan Pembangunan IPNCPD juga terlibat bagi mencapai Matlamat Strategik Keempat IPN dengan memastikan Sistem Pengurusan Kualiti IPN berada pada standard terbaik bagi memenuhi kehendak pemegang taruh.

Inisiatif ini dicapai menerusi aktiviti Pensijilan MS ISO 9001:2015 yang diadakan sepanjang tahun.

Selain daripada itu, bagi memastikan hala tuju IPN ke arah menjadi Pusat Kecemerlangan dalam bidang latihan, pendidikan profesional dan penyelidikan perakaunan sektor awam tercapai, unit ini turut berperanan untuk menyedia dan menerbitkan Pelan Keutamaan Strategik IPN sebagai kerangka kerja strategik IPN bagi tempoh lima (5) tahun.

AKTIVITI-AKTIVITI UNIT PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN

Projek Penyelidikan Perakaunan Dan Pelaporan Kewangan Islam Bagi Institusi Wakaf, Zakat Dan Baitulmal (WZB) Di Malaysia, Fasa 2 Tahun 2017

Projek  Penyelidikan Perakaunan dan  Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia telah diteruskan bagi fasa kedua pada tahun 2017. Bagi projek Penyata Kewangan secara keseluruhan dan telah dimuktamadkan pada tahun 2016. Manakala, skop MPSAS bagi fasa kedua pula lebih memfokuskan kepada aspek pendedahan, pengiktirafan, pengukuran dan pelaporan maklumat aset di dalam penyata kewangan institusi-intitusi yang terlibat.

Seperti tahun 2016, projek ini diteruskan oleh para penyelidik dari tiga buah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah berjalan selama 11 bulan, mulai dari 1 Febuari 2017 ini telah diterima pada 31 Disember 2017. Laporan penuh projek penyelidikan daripada ketiga – tiga universiti ini telah di terima pada 31 disember 2017 dan akan digunakan sebagai sumber maklumat penting bagi membangunkan piawaian perakaunan islam yang dijangka akan digunakan oleh Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia.

Selain daripada mesyuarat bulanan wajib bersama pasukan penyelidikan dan pakar perakaunan islam, terdapat beberapa mesyuarat projek penyelidikan turut dipengerusikan oleh Akauntan Negara Malaysia (ANM) seperti Mesyuarat Jawatankuasa Interim Piawaian Perakaunan Islam, Mesyuarat Dapatan Awal Kajian dan Mesyuarat Dapatan Penuh Kajian penyelidikan. Ini

FASA-FASA PROJEK PENYELIDIKAN MENGIKUT SKOP MPSAS

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4
( 2016 ) ( 2017 ) ( 2018 ) ( 2019 )
pendedahan umum aset, belanja & ekuiti* Hasil, Belanja & Liability Pendedahan & Lain-lain
4 MPSAS 8 MPSAS 10 MPSAS 9 MPSAS
pembentangan penyata kewangan (MPSAS 1) inventori(MPSAS 12) Kesan perubahan mata wang asing (MPSAS 4 Penyata Kewangan Berasingan (MPSAS 34)
Penyata Alir Tunai (MPSAS 2) Harta pelaburan (MPSAS 16 Kos pinjaman (MPSAS 5) Peristiwa selepas tarikh pelaporan (MPSAS 14)
Polisi perakaunan, perubahan anggaran & kesilapan (MPSAS 3) Hartanah, loji &peralatan (MPSAS 17) Hasil dari Urus Niaga Pertukaran (MPSAS 9) Pendedahan pihak berkaitan (MPSAS 20)
Penyata kewangan disatukan dan penyata kewangan berasingan (MPSAS 6) Aset tak ketara (MPSAS 31) Kontrak Pembinaan (MPSAS 11) Pendedahan Matlumat Kewangan Tentang Sektor Kerajaan    (MPSAS 22)
  Rosot nilai aset yang tidak menjana tunai (MPSAS 21) Peruntukan, liabiliti luar jangka & Aset Luar Jangka (MPSAS 19) Persembahan matlumat belanjawan dalam penyata kewangan (MPSAS 24)
  Rosot nilai aset yang tidak menjana tunai (MPSAS 26) Hasil dari Urus Niaga bukan Pertukaran (MPSAS 23) Penyata Kewangan Disatukan (MPSAS 35)
  Pajakan (MPSAS 13) Instrumen Kewangan : pembentangan     (MPSAS 28) Pelaburan dalam syarikat bersekutu & usaha sama(MPSAS 36
  Pertanian (MPSAS 27) Instrumen Kewangan : pengiktirafan & pengukuran (MPSAS 29) Pengaturan Bersama (MPSAS 37)
  Instrumen Kewangan : pendedahan         (MPSAS 30) Pendedahan kepentingan dalam Entiti lain (MPSAS 38)
  Manfaat Pekerjaan (MPSAS 25)