Lawatan Penandaarasan Ke INTURA

Pada 29 Januari 2020 yang lalu, Encik Burhanudin bin Mohd Noor, Penagarah IPN bersama-sama enam pegawai Pejabat Pendaftar telah melakukan lawatan penandaarasan ke Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (INTURA) Sungai Petani. Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat mengenai pengurusan kursus pengukuhan diri dan melawat kemudahan-kemudahan berkaitan kursus berkenaan yang terdapat di sana.

Sepanjang hampir sehari berada di sana wakil-wakil IPN telah diberi penerangan oleh Encik Ramzi Akmal bin Hassan, Perunding Latihan Kanan, Unit Pengukuhan Pasukan INTURA. Beliau telah berkongsi maklumat tentang pengurusan kursus pengukuhan pasukan yang dilaksanankan di INTURA dan telah membawa wakil-wakil IPN melawat kemudahan-kudahan berkaitan kursus berkenaan di sana.

INTURA telah melaksanakan kursus pengukuhan pasukan sejak dari tahun 2013 lagi yang melibatkan pembangunan kurikulum kursus, pengurusan perolehan kemudahan dan pengurusan kompetensi tenaga penceramah. IPN dalam perancangan untuk lenganjurkan kursus-kursus pengukuhan pasukan pada masa hadapan. Oleh itu lawatan ini adalah penting bagi mendapatkan input-input berkaitan terutama dalam membangunkan, kurikilum, kemudahan-kemudahan kursus dan kompetensi tenaga penceramah.