Majlis Amanat Akauntan Negara Malaysia & Taklimat Bagi Mengikuti Program Keahlian Dalam Badan Profesional Perakaunan

Pada 14 Januari 2020 yang lalu Majlis Amanat Akauntan Negara Malaysia Dan Taklimat Bagi Mengikuti Program Keahlian Dalam Badan Profesional Perakaunan telah diadakan di Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara (IPNCPD) Cyberjaya. Dr. Yacob bin Mustafa, Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyempaikan sendiri amanat kepada calon-calon baharu ambilan sesi Januari-Jun 2020. Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Burhanudin bin Mohd Noor, Pengarah IPN.

Sesi ini diadakan bagi membolehkan calon – calon baharu mendengar sendiri amanat dan hala tuju daripada ANM. Selain dari itu di dalam majlis ini juga calon-calon juga didedahkan dengan informasi berkaitan struktur program pengajian keahlian dalam badan professional oleh wakil-wakil badan profesional. Taklimat mengenai penajaan juga disampaikan oleh pegawai IPNCPD. Calon-calon juga berpeluang mendengar sendiri perkongsian pengalaman calon yang telah lulus penuh bagi memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka.

Program ini adalah sangat penting di mana ia menyediakan platform untuk mewujudkan jaringan antara calon-calon, pengurusan JANM dan Strategic Partners bdan profesional JANM iaitu ACCA, CIMA, CPA Australia, MICPA, KAPLAN & BPP. Seramai 45 orang calon baharu termasuk Akauntan Sektor Awam Bukan Lantikan JANM yang akan memulakan pengajian pada Sesi Januari – Jun 2020t hadir bagi menerima surat tawaran yang telah diserahkan oleh ANM.