Kempen Jom Derma Buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda mempunyai buku banyak tapi dah tak baca?
Tiada ruang untuk simpan buku?
Sayang nak buang buku tapi tak tahu nak derma ke mana?

Berita baik untuk anda, Perpustakaan IPN melancarkan satu kempen JOM DERMA BUKU

Kempen berlangsung mulai 19 Julai 2022 Sehingga 14 September 2022. Antara kriteria bahan bacaan yang boleh didermakan :-

  • Buku Ilmiah
  • Buku Motivasi / Agama
  • Novel Melayu / Inggeris
  • Buku Baru atau Terpakai

Pastikan buku yang hendak didermakan memenuhi kriteria yang ditetapkan dan dalam keadaan baik.
Hantarkan sumbangan anda ke Perpustakaan IPN atau hubungi kami untuk bantuan di talian 03 – 3217200 samb. 2031/2032/2033.
Marilah beramai-ramai memeriahkan kempen ini dengan mendermakan buku untuk manfaat bersama.