IPN Berjaya Dalam Pengauditan MS ISO 9001:2015

Tahniah untuk semua warga IPN di atas peningkatan pencapaian prestasi Cemerlang di dalam Pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi skop Pengurusan dan Pengendalian Kursus Anjuran Institut Perakaunan Negara.

Pengauditan telah diadakan pada 22 Julai 2020 oleh Platinum Shauffmantz Veritas.Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan – pelanggan IPN.

IPN telah melaksanakan pengurusan kualiti MS ISO 9001 sejak tahun 2009. Komitmen terhadap pengurusan kualiti ini akan diteruskan dengan lebih baik pada masa hadapan bagi menjamin perkhidmatan kelas pertama kepada para pelanggan.