Lawatan Kerja Tuan Haji Zaharin bin Othman

Pada 10 Julai 2020 Tuan Haji Zaharin bin Othman, Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP) Jabatan Akauntan Negara Malaysia bersama-sama delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke IPN. Ini merupakan lawatan kerja sulung beliau ke IPN selepas dilantik menjadi Pengarah BPPP untuk membincangkan perkara-perkara melibatkan pengurusan di antara kedua-dua bahagian di bawah JANM.

Beliau telah melakukan tinjauan ke kawasasan sekitar kampus IPN bagi melihat projek-projek pembangunan yang telah disiapkan. Selain itu juga beliau melihat sendiri masalah-masalah seperti mendapan tanah dan kerosakan yang berlaku di sekitar kawasan IPN.

Ibarat bak kata pepatah sirih pulang ke gagang, beliau pernah berkhidmat di IPN pada tahun 2008 sehingga 2011 sebagai Timbalan Pengarah Korporat.