Lawatan Kerja Menteri Kewangan Ke IPN

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke kampus Institut Perakaunan Negara di Sabak Bernam pada 7 Februari 2021. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada atur cara lawatan kerja beliau ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar untuk meninjau pembangunan kawasan sekitar.  Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini ialah YB Datuk  Rizam bin Ismail, ADUN Sungai Sungai Air Tawar dan YB Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam.

Beliau telah disambut oleh Encik Sadikin bin Aton, Timbalan Akauntan Negara Korporat dan diberi penerangan berkenaan operasi IPN di Sabak Bernam oleh Encik Burhanudin bin Mohd Noor, Pengarah IPN. Beliau sempat meluangkan masa selama 15 minit meninjau kawasan sekitar kampus IPN sebelum meneruskan agenda lawatan seterusnya.

Terima kasih diucapkan kepada YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz di atas komintmen beliau melakukan lawatan kerja ke IPN. Ini merupakan julung-julung kali pemimpin tertinggi di Kementerian Kewangan melakukan lawatan ke sini. Program Ini dapat memberikan suntikan semangat kepada warga kerja IPN untuk memberikan perkhidmatan latihan yang terbaik kepada para pelanggan terutama dalam meningkatkan kompetensi penjawat awam dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam.