Sesi taklimat penyerahan surat tawaran bersama Akauntan Negara bagi Program Keahlian Dalam Badan Profesional Perakaunan sesi Julai – Disember 2019

Pada 10 Julai 2019 yang lalu Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara (IPNCPD) telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Penyerahan Surat Tawaran Bersama Akauntan Negara Bagi Program Keahlian Dalam Badan Profesional Perakaunan Sesi Julai – Disember 2019 bertempat kampusnya di Cyberjaya, Selangor.

Program diadakan bertujuan memberi input dan penerangan berkaitan struktur dan polisi penajaan program dengan calon-calon baharu Sesi Julai – Disember 2019 yang akan menyertai program di samping menyediakan platform bagi mengeratkan jaringan hubungan antara calon-calon baharu, pengurusan JANM, badan profesional dan penyedia perkhidmatan. Selain itu, calon-calon IPNCPD yang telah berjaya lulus penuh juga turut berkongsi tips bagi mendepani cabaran memulakan cabaran pembelajaran.

Pada sesi Julai – Disember 2019 ini, seramai 36 orang calon JANM dan Akauntan Sektor Awam telah ditawarkan menyertai program. telah Komposisi penawaran mengikut program adalah CIMA – MIA Special Pathway Senior Leaders seramai 22 orang, ACCA MIA Special Pathway seramai lapan orang, dan CPA Australia MIA Special Pathway Senior Professionals dengan enam orang.

Penyerahan surat tawaran juga telah diberikan kepada 30 calon MICPA – CAANZ Sesi Januari – Jun 2019 yang baru memulakan sesi pembelajaran pada bulan Jun 2019.

Program sehari ini dimulakan dengan sesi taklimat penajaan dan perkongsian resepi kejayaan serta diikuti oleh Sesi Penyerahan Surat Tawaran yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zamimi bin Awang, Timbalan Akauntan Negara (Korporat). Pada sebelah petang, sesi diteruskan dengan taklimat daripada badan profesional.

Institut Perakaunan Negara ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan JANM, wakil-wakil badan profesional CIMA, ACCA, CPA Australia dan MICPA, UiTM, Kaplan atas kesudian hadir dan menyokong sesi kali ini. Untuk calon-calon baharu, selamat maju jaya kami ucapkan.