PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR PERINGKAT INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA

Sabak Bernam, 6 Oktober 2023 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Institut Perakaunan Negara (KESKIP) dengan kerjasama Unit Pembangunan Kerohanian buat julungkalinya telah mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institut Perakaunan Negara (IPN) yang mendapat penyertaan yang memberansangkan dari warga institusi.

Objektif program ini diadakan untuk menanamkan cinta dan kasih pada junjungan agung umat islam Nabi Muhammad SAW di samping mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan warga IPN.

Antara pengisian program ialah bacaan surah yassin berjemaah dan majlis tahlil di Surau As Solihin, perarakan maulidur rasul bersama warga IPN bermula di hadapan Surau As Solihin dan tamat di Lobi Blok A serta ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fazli bin Mohammad Royani dari Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam.