Pertandingan Joran IPN 2023

Aktiviti riadah seperti memancing merupakan salah satu kegemaran rakyat Malaysia untuk berkumpul, beramah mesra dan menjalin ikatan silaturahim di antara satu sama lain.

Sehubungan itu, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Institut Perakaunan Negara (KESKIP) telah mengadakan Pertandingan Joran IPN 2023 sebagai meraikan sokongan warga institusi ini bertempat di Tasik IPN.

Seramai 54 orang telah mengikuti pertandingan ini dan para peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing.