LAWATAN KERJA TIMBALAN AKAUNTAN NEGARA KORPORAT KE IPN

Pada 16 Januari 2020 Encik Sadikin bin Aton, Timbalan Akauntan Negara Korporat (TAN K) telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Perakaunan Negara (IPN). Lawatan ini merupakan yang pertama ke IPN selepas beliau dilantik sebagai Timbalan Akauntan Negara Korporat pada 1 Januari 2020. Ibarat sirih pulang ke gagang, Encik Sadikin bin Aton pernah berkhidmat di IPN dalam tahun 2007 sehingga 2009.

Dalam rangka lawatan selama sehari itu beliau telah mengadakan pertemuan dan menyampaikan amanat kepada pegawai-pegawai IPN dan mendengar taklimat daripada Encik Burhanudin bin Mohd Noor mengenai rancangan penjenamaan semula IPN pada sebelah pagi. Selepas itu disambung dengan Mesyuarat Kick Off I-Learning IPN bersama-sama dengan wakil-wakil bahagian Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Pada sebelah petang pula beliau dengan ditemani pengarah dan pegawai-pegawai kanan IPN telah berkesempatan melakukan tinjauan di sekitar kawasan IPN bagi melihat kemudahan-kemudahan seperti bilik kuliah, kemudahan sukan, surau dan lain-lain.

Lawatan ini adalah sangat penting bagi meninjau kemajuan IPN yang telah bertapak di Sabak Bernam sejak tahun 2005 untuk mendapatkan maklumat-maklumat bagi penambahbaikan institusi ini pada masa hadapan.