Lawatan Ke PBAKL 2022

Unit Perpustakaan Institut Perakaunan Negara telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 pada 9 Jun 2022 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra. Seramai 27 orang pegawai-pegawai IPN telah menyertai lawatan ini yang diadakan pada setiap tahun. Tujuan Lawatan ini adalah bagi mencetuskan dan menggalakkan minat membaca dalam kalangan warga kerja IPN, di samping itu juga aktiviti ini dapat membantu dan memudahkan pegawai-pegawai IPN yang berkeinginan untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan yang pelbagai boleh didapati di PBAKL. Sebagai sebuah institut latihan, pelbagai usaha telah diadakan bagi meningkatkan minat warga IPN terhadap terhadap peningkatan ilmu melalui aktiviti membaca. Selain itu juga lawatan ini juga dapat membantu pihak Perpustakaan IPN untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan yang terkini dalam pelbagai bidang bagi perolehan pada masa akan datang. Pada PBAKL 2022 sebanyak 137 pempamer dari dalam dan luar negara dan lebih daripada 700 reruai telah disediakan bagi menerima kedatangan para pelawat. Diharapkan lawatan ini dapat memberi impak positif kepada pegawai-pegawai IPN yang menyertainya secara tidak langsung dapat merangsang minat budaya membaca.