Lawatan ke MAHA 2022

Bagi menyokong saranan kerajaan untuk memeriahkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) seramai 18 orang kerja IPN telah mengikuti lawatan kali ini. Lawatan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar ini telah diadakan pada 11 Ogos 2022.

Lawatan ini diadakan untuk memberi peluang kepada warga IPN untuk melihat dengan lebih dekat inovasi dan pembaharuan teknologi yang dilaksanakan di dalam sektor pertanian dan hortikultur negara. Selain daripada itu juga lawatan ini dapat memberi input kepada IPN bagi melaksanakan perkhidmatan permbersihan kawan dan landskap yang dolaksanakan di IPN pada masa depan.

Antara tarikan yang disediakan pada semua pengunjung MAHA 2022 pada kali ini:

  • Laman Florikultur
  • Laman Padi
  • Laman Nanas
  • Laman Ternakan
  • Laman Perikanan
  • Laman Sayur, Herba dan Kelulut
  • Laman Jentera / Mekanisasi
  • Castle Of Fruits
  • Food Truck Fiesta