Lawatan INSPEN Ke IPN

Institut Perakaunan Negara (IPN) mengucapkan selamat datang kepada delegasi Institut Penilaian Negara (INSPEN) pada 12 Januari 2023.

Kehadiran seramai 11 orang warga INSPEN telah disambut oleh Pengarah IPN, Puan Hawariah binti Idris bersama pengurusan IPN di bilik Mesyuarat Jentayu.

Lawatan ini diadakan sebagai wadah untuk percambahan ilmu di antara institut latihan awam Malaysia di samping berkongsi kepakaran yang sedia ada bagi membentuk spektrum perkhidmatan awam yang dinamik dan inklusif.