Kursus Change Management Institut Perakaunan Negara (IPN) 2020

Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran Am IPN telah menganjurkan kursus Change Management pada 18 hingga 20 September 2020 bertempat di Acapella Suite Hotel, Shah Alam, Selangor.

Kursus yang dihadiri seramai 30 warga IPN yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana diadakan bertujuan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang bertepatan bagi mengurus perubahan di peringkat masing-masing.