Booth IPN di Kuching

Institut Perakaunan Negara telah diberi ruang untuk membuka tapak pameran bersempena SAGA Government Agencies Conference 2019 (SeGAC 2019) bertempat di Pullman Kuching pada 17 hingga 18 Julai 2019. Pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh IPN telah berjaya dipromosikan bersempena dengan persidangan yang dianjurkan. Antaranya berkaitan dengan kursus-kursus IPN, program profesional dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Program seperti ini dapat mendekatkan IPN kepada golongan khalayak secara bersemuka. Inisiatif ini juga dapt memberi peluang kepada pemegang taruh untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditwarkan oleh IPN.