Ipn Leadership Talk Series 7/2019

Institut Perakaunan Negara melalui Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), telah menganjurkan satu program IPN Leadership Talk Series 7/2019 yang bertajuk Beyond Professionalism secara kolaborasi dengan The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) bertempat di Movenpick Hotel, Sepang, Selangor pada 2 dan 3 Disember 2019. Program yang telah dirasmikan oleh Encik Burhanudin bin Mohd Noor, Pengarah Institut Perakaunan Negara ini telah menarik minat kehadiran seramai 55 orang akauntan yang majoritinya terdiri daripada mereka yang telah lulus penuh program profesional.

Sesi ini telah merangkumi dua Program Eksekutif (EP) iaitu EP1: Data & Analytics For Finance and Accounting dikendalikan oleh En. Jack Lee dan EP2: Managing C-Suite Communication Skill oleh Pn. Dolly Ke. Program ini dirancang untuk memberi peluang kepada peserta mempertingkatkan kemahiran soft skill dan mempraktikkan imej korporat profesional serta memberi pendedahan berkenaan technical skill melalui analisis data yang akan dipelajari secara hands-on semasa program.

Siri kali ini berbeza dengan siri terdahulu memandangkan penglibatan peserta-peserta adalah di kalangan calon program profesional yang telah lulus penuh bertujuan memberi pendedahan dan nilaitambah kepada calon-calon tersebut dalam mempertingkat profesionalisma di dalam bidang tugas harian. Semoga dengan adanya inisiatif IPNCPD menganjurkan program sebegini dapat mencambahkan lagi budaya ilmu dalam warga JANM dan meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai.