Saringan kesejahteraan wanita dan pemeriksaan kesihatan

Pada 16 Ogos 2022 bertempat di Dewan Seri Bayan, PUSPANITA IPN dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tanjung Malim telah menganjurkan program Saringan Kesejahteraan Wanita dan Pemeriksaan Kesihatan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada semua warga kerja IPN akan kepentingan penjagaan kesihatan dalam menangani pelbagai penyakit berbahaya khususnya kanser serviks yang merupakan ancaman yang boleh meragut nyawa sekiranya tidak dirawat lebih awal.

Program saringan kesihatan ini telah dikendalikan oleh Puan Azita dan Puan Nabila dari LPPKN Tanjung Malim yang bertanggungjawab melaksanakan pemeriksaan tekanan darah dan kolesterol serta gula, HPV DNA, mamogram dan kaunseling kesihatan.