PROGRAM OUTREACH VAKSINASI COVID19 @ IPN

Program Outreach Vaksinasi oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam memainkan peranan besar dalam memastikan penduduk menerima vaksin.

Sehubungan itu, pada 10 Mac 2022 kakitangan PKD Sabak Bernam berada di Surau As Solihin, Institut Perakaunan Negara (IPN) bagi memudahkan warga IPN untuk mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid19.

Seramai 40 orang yang terdiri daripada kakitangan IPN, para pekerja pembersihan bangunan, pembersihan asrama, pembersihan lanskap dan pengawal keselamatan telah mengikuti program ini yang bermula jam 11.45 pagi hingga 12.45 tengah hari.

Semoga dengan adanya program sebegini mampu membantu rakyat Malaysia mendapatkan suntikan vaksin bagi memutuskan rantaian jangkitan penularan wabak Covid19 di negara ini.