Program Kembara Motorsikal Merdeka 1.0 “Konvoi Ukhuwah” Kelab Sukan Akauntan Negara (Kesan) Dari JANM Putrajaya Ke IPN Sabak Bernam

Institut Perakaunan Negara telah menerima kedatangan Konvoi Kembara Motorsikal Merdeka yang terdiri daripada 30 warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 28 Ogos 2020.

Kedatangan konvoi berkenaan telah disambut oleh Pengarah IPN, Encik Burhanudin bin Mohd Noor bersama warga. Seterusnya semua hadirin bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dengan diringi upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Selepas itu wakil daripada peserta konvoi Encik Norjayadi bin Musleh telah menyampaikan Jalur Gemilang kepada Pengarah IPN. Hadirin juga telah dibawa ke Perpustakaan IPN bagi melihat pameran berkaitan dengan kemerdekaan Malaysia.

Program ini juga diserikan dengan penglibatan agensi luar iaitu Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Sabak Bernam yang turut berkongsi semangat kemerdekaan melalui Info On Wheels. Pihak JAPEN telah memberikan ceramah kepada para hadirin berkaitan dengan pentingnya menghayati kemerdekaan negara kepada wrga kerja IPN.

Diharapkan program seperti ini akan dapat meningkatkan kecintaan warga IPN kepada negara tercinta di samping dapat meningkatkan semangat kenegaraan.